Alhamdulillah..selesai sudah projek kolej yang dijalankan selama dua minggu di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah pada 18/1/2013 - 2/2/2013 baru-baru ini..sekarang baru sampai rumah..ok..sekarang saya nak cerita sikit apa yang saya dapat dari menjalankan projek itu..
Pertama, mestilah teamwork..di sini saya bekerjasama dengan teman-teman lain untuk menyiapkan tempat pertandingan itu..memang betul kalau kita melakukan kerja bersama-sama, mesti kerja itu cepat siap tak kiralah banyak ke sedikit ke berat ke ringan ke..yang penting kami semua sudah macam keluarga..
Kedua, punctual..setiap meeting mestilah punctual..kalau komen pasal sayalah..saya seorang yang punctual..setiap meeting saya dan roomate saya mesti datang awal walaupun orang lain tak punctual dan asyik kena marah je semua..tapi tak apalah..tidak menggesa-gesakan teman yang lain untuk punctual..dan apa pun punctual nie penting bila kita sudah bekerjaya nanti..
Ketiga, kawan..dulu saya tak pernah rapat dengan orang yang berlainan kaum..just kawan dengan orang melayu je..tapi dengan projek yang saya libatkan diri ini, kebanyakannya adalah orang cina dan hanya 3 orang melayu termasuk saya, rumate saya dan juga kawan saya dan seorang India..apa pun saya selesa dengan mereka dan kami macam saudara kerana tolong satu sama lain..mereka pun memahami kami dan kami memahami mereka..akhirnya kami bergelak tawa sesama dan mungkin perkara ini jarang berlaku di sekitar UM dan kebanyakkan student UM suka berpuak-puak sesama kaum..
Ok, itulah komen-komen saya untuk projek ini..InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan menyertai projek lain lagi untuk mengisi masa lapang daripada membelenggu seorang diri di rumah..
Wasalam..
No comments:
Post a Comment