Saya Mohd Hasrul bin Ramlee berasal daripada Gua Musang,Kelantan. Kursus yang saya pelajari di Universiti Malaya ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik). Sudah menjadi niat di hati saya untuk mengambil kursus tersebut. Begitu juga, saya telah bertekad untuk melibatkan diri saya di universiti ini dengan program atau projek yang melibatkan soft skill seperti Sahabat SERU.
Sebelum saya menyertai Sahabat SERU, soft skill saya amat teruk sekali terutama keyakinan diri yang kurang. Selain itu juga, saya seorang yang takut menyuarakan pendapat saya dan juga meluahkan masalah saya kepada teman-teman saya. Yang lebih penting, kerohanian dan keimanan saya bolehlah dikatakan teruk. Di rumah juga, saya tidaklah aktif sangat dahulu dan selalu berada di rumah. Sejujurnya, saya lebih mendiamkan diri daripada menceritakan masalah saya kepada orang lain.
Tetapi, setelah saya menyertai program ini, banyak perubahan yang telah merubah diri saya ke arah kebaikan dan ini merupakan transformasi yang bagus untuk diri saya terutama sekali dalam soft skill dan tahap keimanan saya. Saya menjadi lebih yakin dan tanpa ragu dengan apa saja yang saya lakukan tak kira dimana jua malah ketika peperiksaan. Dengan adanya peer-coaching, saya juga sedar bahawa berkongsi masalah dengan orang lain mampu merungkai masalah saya daripada memendam di dalam hati sahaja dan juga menjadikan saya seorang pendengar yang baik. Begitu juga dengan aktiviti di rumah, saya lebih sibukkan diri saya dengan mencari sendiri aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan di daerah ini seperti PPD, Jabatan Belia Daerah. Sekurang-kurangnya, saya dapat pengalaman baru dan juga dapat menimba ilmu dari semua orang.