Friday, 20 July 2012

Week 7

Bulan Ramadhan hampir tiba. Apa yang saya sedar tentang diri saya ialah saya merupakan seorang yang kurang bersabar. Bulan Ramadhan merupakan bulan menguji kita kesabaran dan kekuatan iman di dalam hati kita. Oleh itu, minggu ini saya telah belajar cara bersabar dengan betul dan saya boleh menjadi seorang yang sabar mulai sekarang. InsyaAllah.

Minggu ini juga, saya telah menghadiri kuliah maghrib malam jumaat berkisarkan tajuk Indahnya Ramadhan. Tajuknya tidak sedap bunyinya tapi didalamnya sungguh berisi. Sehinggakan orang-orang tua menangis mendengar ceramah beliau. Oh, terlupa. Penceramah itu masih penceramah yang sama. Dalam ceramah ini, saya sedar bahawasanya generasi sekarang lebih suka meraikan kedatangan hari raya berbanding kedatangan bulan Ramadhan. Tidak seperti umat terdahulu, yang mana gembiranya ketika datangnya bulan Ramadhan dan bersedih ketika berakhirnya bulan Ramadhan. Tersentuh di hati saya apabila diri saya juga hanyan menantikan ketibaan hari raya. Oleh itu, saya bernekad untuk menjadikan Ramadhan pada tahun ini dan pada masa akan datang merupakan bulan yang mulia untuk diri saya berbanding dengan hari raya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tamat juga buku itu yang sudah saya baca. Oleh itu, saya akan berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang apa yang saya peroleh dari pembacaan saya pada minggu ini. Pertama, belajar dari kesilapan dahulu. Kadang-kadang kita terlalu angkuh dan tidak mahu ambil sebarang iktibar dari perkara dahulu sehinggakan perkara yang sama masih berulang. Apa yang saya nak kongsi cerita pasal Thomas Edison,pembuat mentol lampu yang pernah gagal sebanyak 10,000 kali. Dia memberitahu kepada isterinya bahawa dia sudah jumpa 10,000 kali cara lampu itu tidak menyala. Tetapi, beliau berjaya akhirnya. Selain itu, amalkan habitat bekerja supaya menjadi sentiasa rajin dan tidak pernah rasa penat ketika melakukan sesuatu kerja. Ketiga, jujur. Untuk menjadi seorang yang begitu jujur amatlah sukar bagi diri saya. Tetapi, saya tetap mencuba menjadi seorang yang jujur.

Pertama sekali, terima kasih kepada coach saya, Abang Mirul kerana sudi berkongsi video pasal the Eagle. Sungguh membosankan tetapi nilai yang terdapat dalam video itu sungguh berisi. Saya akan cuba belajar sedikit demi sedikit apa yang tersirat dalam kehidupan burung helang itu. Terima kasih juga untuk huraian yang telah abang berikan itu.

No comments:

Post a Comment