Friday, 20 July 2012

For the week 6

Saya baru sedar bahawasanya saya seorang yang mudah bosan. Buktinya, baru sahaja tinggal di rumah dalam masa satu minggu,saya merasa amat bosan. Tiada kerja kosong, hanya tinggal di rumah dan membaca buku sahaja.Apapun, saya akan mencuba luangkan masa saya dengan aktiviti yang berfaedah.

Pada minggu ini juga, saya telah menghadiri satu kuliah maghrib di surau berdekatan di rumah saya. Tajuknya hanyalah biasa dan tidaklah menarik yang bertajuk Sedekah Amalan Mulia. Tapi disebabkan penceramah itu orang yang bersemangat dan merupakan penceramah luar, saya jadi meminati mendengar ceramah beliau. Apa yang saya dapat dari ceramah beliau ialah jika kita ingin bersedekah atau menghulurkan bantuan, pastikan hati kita suci dari segala kekotoran ataupun ikhlas ketika bersedekah dan tidak ungkit mengungkit dengan apa yang kita lakukan.

Minggu ini tidaklah terlalu sibuk seperti sebelum-sebelum ini untuk saya yang sudah berada di rumah, hampir 3/4 mukasurat buku telah saya baca dan InsyaAllah, minggu depan akan tamatlah buku yang telah saya baca.Apa yang saya pelajari dari buku ini adalah mengingatkan saya kepada pesanan coach saya iaitu rancang masa depan mulai sekarang. Bagi saya, sejak berada di rumah, planner saya sudah tidak berjalan seperti biasa dan saya akan menggerakan planner saya pada minggu hadapan. Kedua, tepati masa. Oleh itu, saya akan menjadi seorang yang menghormati masa dan tidak akan sia-siakan masa sekarang. Pemikiran terbuka. Bagi saya, pemikiran saya masih belum terbuka sepenuhnya kerana saya mempunyai sikap kearah kekanak-kanakan. Oleh itu, saya cuba belajar untuk menjadi seorang yang berpikiran terbuka. Akhir sekali, saya seharusnya menjadi seorang yang penyayang supaya mudah disenangi oleh orang lain.

Saya telah menonton dokumentari di Animal Planet tentang semut. Sebenarnya saya tidak paham apa yang dicakapkan oleh suara itu, tapi berdasarkan video dan kajian yang ahli pengkaji lakukan itu, dapatlah saya paham sikit. Di sini, apa yang saya peroleh daripada menonton kehidupan semut ialah mereka tiada bimbingan, pegangan atau panduan.Tetapi, mereka tahu bagaimana untuk bersedia pada masa hadapan. Saya lihat mereka mula menyimpan makanan pada musim panas untuk persediaan pada musim sejuk kerana mereka sukar untuk keluar mencari makanan pada musim sejuk.

Saya pergi membeli belah dengan ahli keluarga pada minggu ini untuk persediaan bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. Bagi kami, keluar membeli belah pada bulan puasa amat memenatkan.Sebab itu, kadang-kadang saya terfikir yang kami sekeluarga macam semut.

No comments:

Post a Comment