Thursday, 30 August 2012

Perubahan di Saya

Assalamualaikum w.b.t..
Saya Mohd Hasrul bin Ramlee berasal daripada Gua Musang,Kelantan. Kursus yang saya pelajari di Universiti Malaya ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik). Sudah menjadi niat di hati saya untuk mengambil kursus tersebut. Begitu juga, saya telah bertekad untuk melibatkan diri saya di universiti ini dengan program atau projek yang melibatkan soft skill seperti Sahabat SERU.
Sebelum saya menyertai Sahabat SERU, soft skill saya amat teruk sekali terutama keyakinan diri yang kurang. Selain itu juga, saya seorang yang takut menyuarakan pendapat saya dan juga meluahkan masalah saya kepada teman-teman saya. Yang lebih penting, kerohanian dan keimanan saya bolehlah dikatakan teruk. Di rumah juga, saya tidaklah aktif sangat dahulu dan selalu berada di rumah. Sejujurnya, saya lebih mendiamkan diri daripada menceritakan masalah saya kepada orang lain.
Tetapi, setelah saya menyertai program ini, banyak perubahan yang telah merubah diri saya ke arah kebaikan dan ini merupakan transformasi yang bagus untuk diri saya terutama sekali dalam soft skill dan tahap keimanan saya. Saya menjadi lebih yakin dan tanpa ragu dengan apa saja yang saya lakukan tak kira dimana jua malah ketika peperiksaan. Dengan adanya peer-coaching, saya juga sedar bahawa berkongsi masalah dengan orang lain mampu merungkai masalah saya daripada memendam di dalam hati sahaja dan juga menjadikan saya seorang pendengar yang baik. Begitu juga dengan aktiviti di rumah, saya lebih sibukkan diri saya dengan mencari sendiri aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan di daerah ini seperti PPD, Jabatan Belia Daerah. Sekurang-kurangnya, saya dapat pengalaman baru dan juga dapat menimba ilmu dari semua orang.

Wednesday, 29 August 2012

Becomes REAL sahabat SERU

Alhamdulillah, hari ini saya telah mendengar berita gembira bahawasanya saya telah dipilih untuk menjadi REAL Sahabat SERU. Memang tidak dijangka kerana masih ramai lagi yang menjadi pesaing saya yang lagi hebat dari saya. Apa pun, saya bersyukur dengan usaha saya selama ini dan terima kasih kepada coach saya yang telah memberi semangat kepada saya untuk terus aktif tak kira di mana jua samada di rumah ataupan di kampus. Terima kasih.

Week 12

Alhamdulillah, saya telah sedari yang saya telah mencapai beberapa gol saya sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini merupakan gol saya sebelum masuk bulan Ramadhan.
1. Solat terawih penuh
2. Qiamullail setiap malam
3. Khatam al-Quran sebelum berakhir Ramadhan
4. Aktifkan diri dengan majlis-majlis ilmu dan program-program bersifat kerohanian
5. Tidak tidur selepas solat Subuh
Gol saya pada kali ini lebih kepada kerohanian saya dan hanya beberapa sahaja yang telah saya mencapainya iaitu no. 1, no.3 dan no.4. no.2 dan no.5 hanyalah kadan-kadang sahaja tetapi tahun inilah yang  telah menjadi bersejarah buat saya sebab saya begitu banyak berubah.

Pada minggu ini, sudah menjadi adat bagi umat Islam berya di rumah saudara mara dan juga menghadiri rumah terbuka sanak saudara. Begitu juga dengan keluarga saya yang tidak akan terlepas dari menghadiri ke rumah sanak saudara di kampung

Week 11

Setelah sepanjang saya melibatkan diri dengan program REAL Sahabat SERU,saya sedar bahawasanya saya lebih suka mengaktifkan diri saya dengan function yang berfaedah untuk saya daripada mempelajari dari bahan audio atau visual walaupun saya tahu ia juga adalah penting untuk saya terus belajar dan belajar.

Pada minggu ini, saya telah mendaftarkan diri sebagai fasilitator untuk kem kecemerlangan peringkat PPD Gua Musang melibatkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dari semua sekolah rendah di daerah ini. Kem ini diadakan pada 12 Ogos 2012 hingga 15 Ogos di Kesedar Inn, Gua Musang. Yang lebih menarik, adik saya sendiri turut terpilih dalam kem ini.

Sambungan daripada bahagian sebelum ini, terdapat beberapa cara lagi untuk memenangi orang lain terhadap pemikiran kita.
7. Biarkan orang lain merasakan idea kita adalah hak milik mereka.
8. Cuba bersifat jujur untuk melihat perkara-perkara dari sudut pandangan orang lain.
9. Bersimpati dengan idea dan kehendak orang lain
10. Meminta kepada idea yang lebih bernas
11. Menyandiwarakan idea kita
12. Buang segala cabaran

Hari Raya telah pun hampir. Aktiviti yang saya lakukan pada minggu ini ialah membuat kuih raya. Seumur hidup saya, saya tidak pernah membuat kuih raya lain selain biskut cornflakes madu dengan biskut cornflakes coklat. Jadi, pada tahun ini, saya ingin membuat biskut raya yang lebih mencabar bagi saya.

Thursday, 16 August 2012

Week 10

Kreativiti. Itulah yang ada pada diri saya. Bukan nak bangga, tapi itulah hakikatnya. Minggu ini, saya telah membuat sendiri kad raya untuk diberikan kepada sahabat saya dan juga keluarga saya. Memang banyak cubaan, hampir 3 kali saya gagal buat kad raya dan terpikir nak beli saja kad raya di kedai tapi apabila difikirkan semula, lagi bagus buat sendiri kad raya kerana kad raya itu akan jadi lain dari yang lain. Seperti biskut buatan sendiri, 'Famous Amos' lagi mahal daripada biskut biasa. Sama juga dengan kad raya buatan sendiri lagi bernilai daripada kad raya yang berada di kedai. Alhamdulillah, siap juga akhirnya kad raya itu.

Sempena hari nuzul Al-Quran, sesuailah jika diadakan majlis khatam al-Quran. Begitulah keadaan yang berlaku di sini pada tahun ini. Di sini, pihak surau anggota polis telah mengadakan majlis khatam al-Quran dimana saya telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Sudah lama saya khatam al-Quran, tetapi majlis seperti ini tidak pernah diadakan di kawasan rumah saya. Sebab itulah saya libatkan diri kerana ingin meraikan khatam al-Quran bersama teman-teman yang lain.

Daripada pembacaan minggu ini, apa yang saya dapat pelajari ialah cara untuk memenangi orang lain terhadap pemikiran kita.
1. Satu-satunya cara untuk mendapatkan hujah yang terbaik adalah mengelak hujah tersebut.
Kadang-kadang apabila hujah yang kita keluar daripada idea tak semestinya tepat. Oleh itu, kita perlu memikirkan lebih mendalam lagi daripada hujah tersebut supaya menjadi lebih sempurna.
2. Tunjukkan rasa hormat terhadap pendapat orang lain. Jangan sesekali mengatakan "anda salah".
Jika kita tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, cakaplah dengan bahasa yang sopan supaya dapat menjaga perasaan orang itu.
3. Jika anda salah, mengakui kesalahan itu dengan cepat dan tegas.
Janganlah bersikap ego dan pentingkan diri sendiri. Jadilah seorang yang bersifat terbuka, jika pendapat kita salah, cepatlah kita memohon maaf atas kesalahan kita.
4. Mulakan dengan cara yang mesra
Bersifat mesra perlu dimiliki oleh semua orang supaya kita akan disenangi oleh orang lain walau dalam apa-apa situasi pun.
5. Pastikan orang lain berkata "ya,ya" serta-merta.
Cubalah sedaya upaya untuk memastikan orang lain tertarik dengan pendapat kita dengan cara yang baik.
6. Biar orang lain yang banyak bercakap.
Apabila kita ingin keluarkan pendapat, kita akan memikirkannya dahulu. Oleh itu, kita perlukan point untuk membina idea tersebut. Apabila kita galakan orang lain banyak bercakap, kita akan dapat ambil point di situ.

Tiada apa-apa yang saya belajar dari mana-mana audio dan bahan visual.

Pada minggu ini, saya dan keluarga saya cukup semua orang berbuka puasa pada hujung minggu ini. Sudah sekian lama kami berkumpul di bawah satu bumbung untuk berbuka bersama kerana abang sulung saya bekerja di Putrajaya. Jadi, amatlah sukar untuk dia pulang ke rumah. Oleh itu, minggu ini amat bermakna buat saya. Saya telah pelajari bahawa silaturahim antara sesama keluarga haruslah dieratkan dengan lebih dekat.

Monday, 13 August 2012

Week 9

Minggu ini, saya juga berpeluang untuk menyertai kem pembentukan akhlak dan sahsiah diri anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam daerah Gua Musang dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang. Kem itu dijalankan selama 5 hari 4 malam di Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan. Banyak info-info yang saya pelajari walaupun saya sudah belajar tentangnya. Antaranya cara menguruskan jenazah, solat jenazah, senarai solat sunat, hukum hakam tentang kehidupan di dunia dan yang paling penting belajar memahami ayat al-Quran serta banyak lagi. Memang tak rugi kalau sertai program seperti ini.

Selepas selesai menghadiri kem itu, saya merasakan sebelum menyertainya dan selepas menyertainya amat berbeza sekali. Banyak benda yang saya tahu tapi tak ingat dan kadang-kadang ada juga benda yang saya tak tahu tapi sekarang saya sudah memepelajari sikit demi sedikit. Insya Allah, dalam bulan Ramadhan yang berbaki ini, saya cuba stabilkan tiang agama saya sebelum menstabilkan orang lain pada masa akan datang.

Daripada sambungan buku ini, iaitu bahagian 2, saya dapati terdapat 6 cara untuk membuatkan orang suka akan diri kita.
1. menjadi benar-benar berminat terhadap orang lain.
    Bukan menyukainya atau mencintainya tapi berminat untuk menjadi seorang sahabat kepadanya.
2. sentiasa senyum.
    Dalam konteks Islam, senyum itu sedekah. Apa salahnya jika kita sentiasa senyum dan tak perlu pikirkan apa orang kata. Buang sifat negatif.
3. nama seseorang itu unik. Panggillah mereka dengan bahasa yang baik.
    memang betul nama seseorang itu unik, sama seperti nama kita. Bayangkan kalau orang lain memanggil kita nama gelaran macam gemuk. Apa yang kita  rasa. Begitu juga dengan orang lain kalau kita memanggil mereka dengan nama yang tidak elok.
4. menjadi pendengar yang baik.
    untuk membuat orang sukai diri kita ialah dengar apabila dia bercakap. Jangan pernah sesekali memotong apa yang dia cakap kerana nanti kita akan dianggap tidak sopan. Selain itu, akan menggalakkan mereka untuk bercakap mengenai mereka.
5. bercakap dalam bahasa yang menarik.
    apa salahnya jika kita bercakap dalam bahasa yang sopan, tidak kasar supaya orang lain lebih selesa berkawan dengan diri kita.
6. jadikan seseorang itu merasakan dirinya penting bagi diri kita.
    apabila dirinya penting buat kita, mereka akan cuba bersama dengan kita supaya apabila kita ditimpa masalah mereka akan sedia membantu untuk kita.

Tiada apa-apa audio atau bahan visual yang saya belajar

Minggu ini juga, saya telah belajar memandu kereta. Ini merupakan kali pertama saya membawa. Pada mulanya, saya rasa takut untuk memandu kerana apa yang saya fikir hanyalah kemalangan yang menyayat hati. Alhamdulillah, saya berjaya buang perasaan negatif itu dan dapat memandu kereta dalam masa yang singkat.

Week 8

Pada minggu ini, bermulalah bulan Ramadhan. Tiada apa-apa yang saya belajar tentang diri saya lagi untuk waktu ini.

Saya telah menghadiri tazkirah Ramadhan selepas solat Jumaat di masjid Faiz Petra untuk menambah ilmu pengetahuan saya. Tazkirah itu bertajuk ajaibnya Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadh Ustaz Mohd Nazmi bin Razak, pegawai Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Gua Musang. Saya nak kongsikan apa yang beliau ceritakan tentang keajaiban yang tejadi pada bulan yang mulia ini. Yang tertariknya yang saya ingin kongsikan ialah lebih kurang 15 tahun dahulu, seorang saudari kita, dari negeri Perak yang sudah kian lama mengalami gastrik. Pada malam awal Ramadhan, dia telah berdoa kepada Allah supaya dia dapat berpuasa penuh dan alhamdulillah, penuh juga puasanya. Kadang-kadang, apabila kita memerlukan bantuan-Nya, pohonlah. Sesungguhnya, kita akan mendapat rahmat daripada-Nya.

Selain itu, saya juga telah membaca buku bertajuk 'How to Win Friends & Influence People'. Terdapat 3 cara teknik asas dalam mengendalikan orang. Pertama, jangan mengkritik, mengutuk, atau mengadu. Kedua, memberi penghargaan yang jujur dan ikhlas. Akhir sekali, membangkitkan semangat dalam diri orang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin mengongsikan apa yang saya perolehi daripada sebuah filem. Sejujurnya, saya lebih suka menonton filem berbanding menonton rancangan motivasi. Kadang-kadang, filem pun memberi makna kepada kita. Minggu ini, saya telah menonton sebuah filem bertajuk 'My Name Is Khan'. Pada permulaannya, saya fikirkan cerita ini tidak sedap untuk ditonton. Tapi pada minggu ini juga, hampir 3 kali saya tengok filem ini.Apa saya nak kongsikan ialah cara Rizhan Khan seorang agama Islam mempengaruhi orang lain dengan semangat yang dia ada untuk membersihkan nama Islam dimata agama lain.

Bermulanya Ramadhan pada minggu ini, tidak bermakna untuk saya untuk merehatkan diri daripada melibatkan diri dalam majlis, ataupun kem. Saya telah mendaftarkan diri saya untuk menyertai program tadarus al-Quran anjuran surau kamiiaitu setiap hari selepas solat tarawih. Tadarus al-Quran merupakan satu platform untuk kita mendekati kepada Allah pada bulan yang mulia ini.