Monday, 13 August 2012

Week 8

Pada minggu ini, bermulalah bulan Ramadhan. Tiada apa-apa yang saya belajar tentang diri saya lagi untuk waktu ini.

Saya telah menghadiri tazkirah Ramadhan selepas solat Jumaat di masjid Faiz Petra untuk menambah ilmu pengetahuan saya. Tazkirah itu bertajuk ajaibnya Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadh Ustaz Mohd Nazmi bin Razak, pegawai Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Gua Musang. Saya nak kongsikan apa yang beliau ceritakan tentang keajaiban yang tejadi pada bulan yang mulia ini. Yang tertariknya yang saya ingin kongsikan ialah lebih kurang 15 tahun dahulu, seorang saudari kita, dari negeri Perak yang sudah kian lama mengalami gastrik. Pada malam awal Ramadhan, dia telah berdoa kepada Allah supaya dia dapat berpuasa penuh dan alhamdulillah, penuh juga puasanya. Kadang-kadang, apabila kita memerlukan bantuan-Nya, pohonlah. Sesungguhnya, kita akan mendapat rahmat daripada-Nya.

Selain itu, saya juga telah membaca buku bertajuk 'How to Win Friends & Influence People'. Terdapat 3 cara teknik asas dalam mengendalikan orang. Pertama, jangan mengkritik, mengutuk, atau mengadu. Kedua, memberi penghargaan yang jujur dan ikhlas. Akhir sekali, membangkitkan semangat dalam diri orang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin mengongsikan apa yang saya perolehi daripada sebuah filem. Sejujurnya, saya lebih suka menonton filem berbanding menonton rancangan motivasi. Kadang-kadang, filem pun memberi makna kepada kita. Minggu ini, saya telah menonton sebuah filem bertajuk 'My Name Is Khan'. Pada permulaannya, saya fikirkan cerita ini tidak sedap untuk ditonton. Tapi pada minggu ini juga, hampir 3 kali saya tengok filem ini.Apa saya nak kongsikan ialah cara Rizhan Khan seorang agama Islam mempengaruhi orang lain dengan semangat yang dia ada untuk membersihkan nama Islam dimata agama lain.

Bermulanya Ramadhan pada minggu ini, tidak bermakna untuk saya untuk merehatkan diri daripada melibatkan diri dalam majlis, ataupun kem. Saya telah mendaftarkan diri saya untuk menyertai program tadarus al-Quran anjuran surau kamiiaitu setiap hari selepas solat tarawih. Tadarus al-Quran merupakan satu platform untuk kita mendekati kepada Allah pada bulan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment