Monday, 13 August 2012

Week 9

Minggu ini, saya juga berpeluang untuk menyertai kem pembentukan akhlak dan sahsiah diri anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam daerah Gua Musang dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang. Kem itu dijalankan selama 5 hari 4 malam di Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan. Banyak info-info yang saya pelajari walaupun saya sudah belajar tentangnya. Antaranya cara menguruskan jenazah, solat jenazah, senarai solat sunat, hukum hakam tentang kehidupan di dunia dan yang paling penting belajar memahami ayat al-Quran serta banyak lagi. Memang tak rugi kalau sertai program seperti ini.

Selepas selesai menghadiri kem itu, saya merasakan sebelum menyertainya dan selepas menyertainya amat berbeza sekali. Banyak benda yang saya tahu tapi tak ingat dan kadang-kadang ada juga benda yang saya tak tahu tapi sekarang saya sudah memepelajari sikit demi sedikit. Insya Allah, dalam bulan Ramadhan yang berbaki ini, saya cuba stabilkan tiang agama saya sebelum menstabilkan orang lain pada masa akan datang.

Daripada sambungan buku ini, iaitu bahagian 2, saya dapati terdapat 6 cara untuk membuatkan orang suka akan diri kita.
1. menjadi benar-benar berminat terhadap orang lain.
    Bukan menyukainya atau mencintainya tapi berminat untuk menjadi seorang sahabat kepadanya.
2. sentiasa senyum.
    Dalam konteks Islam, senyum itu sedekah. Apa salahnya jika kita sentiasa senyum dan tak perlu pikirkan apa orang kata. Buang sifat negatif.
3. nama seseorang itu unik. Panggillah mereka dengan bahasa yang baik.
    memang betul nama seseorang itu unik, sama seperti nama kita. Bayangkan kalau orang lain memanggil kita nama gelaran macam gemuk. Apa yang kita  rasa. Begitu juga dengan orang lain kalau kita memanggil mereka dengan nama yang tidak elok.
4. menjadi pendengar yang baik.
    untuk membuat orang sukai diri kita ialah dengar apabila dia bercakap. Jangan pernah sesekali memotong apa yang dia cakap kerana nanti kita akan dianggap tidak sopan. Selain itu, akan menggalakkan mereka untuk bercakap mengenai mereka.
5. bercakap dalam bahasa yang menarik.
    apa salahnya jika kita bercakap dalam bahasa yang sopan, tidak kasar supaya orang lain lebih selesa berkawan dengan diri kita.
6. jadikan seseorang itu merasakan dirinya penting bagi diri kita.
    apabila dirinya penting buat kita, mereka akan cuba bersama dengan kita supaya apabila kita ditimpa masalah mereka akan sedia membantu untuk kita.

Tiada apa-apa audio atau bahan visual yang saya belajar

Minggu ini juga, saya telah belajar memandu kereta. Ini merupakan kali pertama saya membawa. Pada mulanya, saya rasa takut untuk memandu kerana apa yang saya fikir hanyalah kemalangan yang menyayat hati. Alhamdulillah, saya berjaya buang perasaan negatif itu dan dapat memandu kereta dalam masa yang singkat.

No comments:

Post a Comment