Thursday, 16 August 2012

Week 10

Kreativiti. Itulah yang ada pada diri saya. Bukan nak bangga, tapi itulah hakikatnya. Minggu ini, saya telah membuat sendiri kad raya untuk diberikan kepada sahabat saya dan juga keluarga saya. Memang banyak cubaan, hampir 3 kali saya gagal buat kad raya dan terpikir nak beli saja kad raya di kedai tapi apabila difikirkan semula, lagi bagus buat sendiri kad raya kerana kad raya itu akan jadi lain dari yang lain. Seperti biskut buatan sendiri, 'Famous Amos' lagi mahal daripada biskut biasa. Sama juga dengan kad raya buatan sendiri lagi bernilai daripada kad raya yang berada di kedai. Alhamdulillah, siap juga akhirnya kad raya itu.

Sempena hari nuzul Al-Quran, sesuailah jika diadakan majlis khatam al-Quran. Begitulah keadaan yang berlaku di sini pada tahun ini. Di sini, pihak surau anggota polis telah mengadakan majlis khatam al-Quran dimana saya telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Sudah lama saya khatam al-Quran, tetapi majlis seperti ini tidak pernah diadakan di kawasan rumah saya. Sebab itulah saya libatkan diri kerana ingin meraikan khatam al-Quran bersama teman-teman yang lain.

Daripada pembacaan minggu ini, apa yang saya dapat pelajari ialah cara untuk memenangi orang lain terhadap pemikiran kita.
1. Satu-satunya cara untuk mendapatkan hujah yang terbaik adalah mengelak hujah tersebut.
Kadang-kadang apabila hujah yang kita keluar daripada idea tak semestinya tepat. Oleh itu, kita perlu memikirkan lebih mendalam lagi daripada hujah tersebut supaya menjadi lebih sempurna.
2. Tunjukkan rasa hormat terhadap pendapat orang lain. Jangan sesekali mengatakan "anda salah".
Jika kita tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, cakaplah dengan bahasa yang sopan supaya dapat menjaga perasaan orang itu.
3. Jika anda salah, mengakui kesalahan itu dengan cepat dan tegas.
Janganlah bersikap ego dan pentingkan diri sendiri. Jadilah seorang yang bersifat terbuka, jika pendapat kita salah, cepatlah kita memohon maaf atas kesalahan kita.
4. Mulakan dengan cara yang mesra
Bersifat mesra perlu dimiliki oleh semua orang supaya kita akan disenangi oleh orang lain walau dalam apa-apa situasi pun.
5. Pastikan orang lain berkata "ya,ya" serta-merta.
Cubalah sedaya upaya untuk memastikan orang lain tertarik dengan pendapat kita dengan cara yang baik.
6. Biar orang lain yang banyak bercakap.
Apabila kita ingin keluarkan pendapat, kita akan memikirkannya dahulu. Oleh itu, kita perlukan point untuk membina idea tersebut. Apabila kita galakan orang lain banyak bercakap, kita akan dapat ambil point di situ.

Tiada apa-apa yang saya belajar dari mana-mana audio dan bahan visual.

Pada minggu ini, saya dan keluarga saya cukup semua orang berbuka puasa pada hujung minggu ini. Sudah sekian lama kami berkumpul di bawah satu bumbung untuk berbuka bersama kerana abang sulung saya bekerja di Putrajaya. Jadi, amatlah sukar untuk dia pulang ke rumah. Oleh itu, minggu ini amat bermakna buat saya. Saya telah pelajari bahawa silaturahim antara sesama keluarga haruslah dieratkan dengan lebih dekat.

No comments:

Post a Comment