![]() |
| IMC '13 |
Semalam dalam pukul 5.00 pagi, baru sahaja selamat sampai ke
UM dari Konvesyen Matematik Antarabangsa. Program ini diadakan di Universiti
Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu selama 3 hari iaitu bermula pada 9 Mei
2013 (Khamis) hingga 11 Mei 2013 (Sabtu). Oleh itu, nak ceritalah sedikit
pengalaman berkampung di Terengganu selama 3 hari.
Kami, budak-budak dari Institut Sains Matematik (ISM), UM
berkumpul di Dataran Sains pada pukul 8.00 malam. Disebabkan bas tersangkut traffic
jam di lebuhraya persekutuan, kami bertolak dari UM pukul 11.15 malam dan
sampai di sana pukul 8.00 pagi. Agak membosankan ketika menunggu bas selama 3
jam 15 minit, tapi saya isikan masa ini dengan membaca buku motivasi.( Lepas
ini saya akan update tentang apa yang saya dapat dari membaca buku motivasi
tersebut).
![]() |
| Keindahan pantai di hadapan kem pengakap |
Ketika sampai di sana, memanglah sudah terlambat kerana
event bermula pukul 7.00pagi dan kami sampai ke Dewan Tuanku Mizan dalam pukul
8.30pagi, seminar itu dah sampai pertengahan. Slot 1 bertajuk Sejarah
Matematik. Memang best sebab banyak benda yang penceramah itu kaitkan dengan
Islam. Memang selama ini tidak sedar, tapi memang beruntunglah kerana kali
pertama tahu pasal nie. Slot 1 ini sampai pukul 10 pagi dan diteruskan slot 2
yang bertajuk Aplikasi Matematik dalam Islam. Slot ini Nampak best tapi cara
penceramah menyampaikannya agak membosankan. So, apalagi, tidur laa. Slot 2
sampai pukul 12.30 tengahari dan rehat sehingga pukul 2.00 petang.
Pada pukul 2.00 petang, slot 3 diteruskan yang bertajuk Hala
Tuju Mahasiswa selepas Graduate. Slot ini best kerana ia merupakan forum. So,
tidaklah mengantuk sangat. Slot ini sampai pukul 4.00 petang dan diteruskan
upacara perasmian. Pukul 6.00 petang pula, ada rehearsal untuk Senimatik.
Pertandingan Senimatik merupakan pertunjukkan bakat melibatkan Matematik tidak
kira apap pun, seperti sketsa, nyanyian, sajak ke asalkan menepati tema iaitu
Matematik. Saya terlibat dalam pertandingan ini dan menjadi teknikal (gambar
tak sempat ambil kerana bateri telefon dah low masa ini).Pada sebelah malam,
pertandingan Senimatik bermula dan kami menjadi peserta pertama. Hanya 3
universiti sahaja menyertai pertandingan ini iaitu UM, UIA dan USIM.
![]() |
| Hamper Senimatik yang kami dapat |
Keesokkannya, slot 4 iaitu pembentangan kertas kerja dari
pelajar UMT yang terdiri dari pelajar Statistik dan Matematik Komputasi. Agak
membosankan kerana tiada pelajar Pure Math yang membentang kertas kerja.
Jikalau boleh, sepatutnya, pihak pengurusan mencari pelajar pelbagai bidang
untuk membentang kertas kerja. Sekurang-kurangnya, ia akan lebih memeriahkan
suasana lagi. Slot ini bermula dari pukul 9.00pagi hingga 12.00tengahari.
Memang duduk dalam dewan kuliah laa..Selepas solat Jumaat, diteruskan dengan
acara Burumatik dan Olimpiad. Burumatik merupakan explorace yang melibatkan
Matematik dan Olimpiad seperti test yang terdiri 8 soalan melibatkan soalan
pelajar Pure Math. Kami, peserta Senimatik berada dalam dewan kuliah menonton
cerita berkaitan dengan Math.
Pada sebelah malam pula, diteruskan dengan aktiviti makan
malam santai. Memang meriah kerana pelajar UM yang tolong memeriahkan. Pelajar
dari Universiti lain diam je tak seperti pelajar UM. Disinilah, keputusan dan
penyampaian hadiah untuk semua acara diumumkan. Kalau tahun lepas, UM mendapat
2 pingat emas dari Burumatik dan Olimpiad. Oleh itu, pada tahun ini pula
(2013), dalam acara Burumatik, UM tidak sebarang placing. Tetapi dalam olimpiad,
UM telah mendapat 1 pingat gangsa dan juga 1 pingat perak bagi berindividu dan
berkumpulan pula telah mendapat pingat perak. Dalam acara Senimatik, UM telah
mendapat tempat kedua dari tiga penyertaan. Yang paling mengejutkan, UIA Pahang
telah merangkul pingat emas dalam semua acara. Mereka terdiri dari pelajar yang
telah graduate. So, memang patut mereka tiada tanding dari pelajar lain.
![]() |
| Berposing di depan replika Taj Mahal |
Pada hari Sabtu (11 Mei 2013), merupakan hari yang dinanti
oleh semua pelajar iaitu Sehari di Terengganu. Memang best kerana tak pernah
pergi ke Terengganu dan inilah kali pertama dapat menjejakkan kaki di
Terengganu. Tempat pertama yang kami lawati ialah Pasar Payang. DI sini, banyak
barang dan makanan yang begitu murah dari tempat-tempat lain. Tapi saya hanya
membeli cenderamata sahaja. Seterusnya, pegi ke Tamadun Islam dan Masjid
Kristal. Di Tamadun Islam, memang banyak input yang dapat tapi cara penjagaan
oleh pihak tertentu amatlah mengecewakan dengan tandas yang kotor, daun-daun
keguguran berada di merata tempat. Secara keseluruhannya, amat tidak memuaskan.
Dan kami telah bersolat jamak Zohor dan Asar di Masjid Kristal. Pada pukul 4.00
petang bertolak balik ke UMT. Dan pada pukul 7.00 petang, kami telah berangkat
untuk pulang ke UM.
![]() |
| sempat bersolat di Masjid Kristal |
Itulah, pengalaman saya selama 3 hari di Terengganu dan
InsyaAllah pada tahun depan mungkin diadakan lagi program ini. Keseluruhannya,
pengurusan setiap aktiviti amatlah tidak memuaskan, begitu juga dengan
multimedia yang mereka lakukannya. Tetapi layanan mereka terhadap karenah kami
semua memuaskan. Apapun, harap tahun depan program ini menjadi lebih baik dari
program tahun ini.





No comments:
Post a Comment