Friday, 3 May 2013

Pengalaman menjadi informal MC


Maaf..lambat update..okay..meh nak cite sikit..pada Jumaat lepas, (dah seminggu katakan) saya telah menjadi informal MC untuk dinner jabatan iaitu Math Annual Dinner ’13..so..nak citer laa sikit pengalaman jadi informal MC..

Okay..terlebih dahulu, nak cerita laa..saya merupakan ketua Biro Persembahan..so..banyak laa kerja yang perlu saya lakukan mcm kene cari hadiah..gunting kertas utk cabutan bertuah, kotak beracun, tengok budak akustik setiap malam untuk beri sokongan dekat mereka...memang tak dinafikan memang sibuk sangat dan tambah lagi menjadi volunteer untuk informal MC pada hari kejadian sebab saya nak cuba..kadang-kadang orang tak pandang pun bakat yang kita ada..berlatihnya memang taklah sebab banyak benda kene buat..time rehearsal pula..berlatih macam tak berlatih..skrip buat tapi tak ikut pun..just spontan je..nasib baik ada partner..so..hilang nervous sikit..

Nak diceritakan pada hari kejadian, kami telah merancang untuk informal MC masuk dengan menyanyi..nak grand katakan..so, kami decide untuk masuk ke pentas dengan lagu ‘A Thousand Year’ part 2 nyanyian Christina Perri dan Steve Kaze..apabila masuk, suara jadi ketar..mungkin sebab tak minum air time tue tambah nervous dan juga lagu Inggeris..al-maklumlah kene jaga juga sebutan kan..dan pada masa nie, semua suka termasuk pensyarah..daripada lagu romantik jadi lagu lawak pula..then, lepas nyanyi..berdirilah di atas pentas..firstly, bila tengok semua makan kat bawah..memang nervous dan semua idea hilang..memang kaku seketika di atas pentas..just diam je..cakap pun tak..then..lama-kelamaan bila dah biasakan diri..perasaan nervous hilang dan disitulah saya mula berkebolehan untuk bercakap..handle dinner sampailah kemuncak.. Alhamdulillah, segala flow berjalan dengan lancar..

So, nak ceritalah kat sini, bila ambil suatu pengalaman baru, memang tak dinafikan untuk terus menjadi perfectkan..mesti perlukan masa seperti saya dan partner saya yang memang tiada apa pengalaman pun dalam informal MC..berlatihnya tak..apa pun..bukan senang nak jadi informal MC untuk handle satu majlis dan buat suasana menjadi happening tapi apapun memang seronok..pengalaman yang tidak mampu untuk dilupakan..kalau ada peluang lagi..still nak jadi informal MC dan nak lakukan lebih baik dari ini..Itu saja pengalaman saya yang nak disharekan pada minggu ini..

No comments:

Post a Comment